KALAM MOTIVASI DARI AT-TANZIL

Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

(AL-TAUBAH : 42)

Nice Islamic Nasyid - Bebaskan Palestin

Kita mempersoal sikap 'tutup mulut' pemimpin Kerajaan beserta para Ustaz & Ustazahnya berhubung isu sebuah pertunjukkan yang didakwa berunsur maksiat ala-tarian 'tiger show', pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Putrajaya pada 16 Disember lalu, lapor Harakahdaily.

NONEMenurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, beliau pelik apabila Umno cepat menyelar cara pemakaian ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel ala-tarian 'tiger show', Umno seperti tidak peduli.

"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno," katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa.

Majlis makan malam berkenaan didakwa dianjurkan sebuah firma swasta dan sebahagian yang hadir adalah orang Melayu beragama Islam.

Mengulas lanjut, Lo'lo' berkata, beliau juga kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan tidak memperdulikan atau gagal bertindak ke atas penganjur majlis makan malam itu.

Katanya, majlis berkenaan dengan jelas telah menghina Islam namun seperti dihalalkan pula oleh kerajaan Umno BN.

NONE"Pertunjukan ini yang bukan setakat 'free show', malah 'free touch' dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam.

"Lebih malang lagi YB selaku Menteri Hal Ehwal Islam, (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Jakim dan (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) JAWI sebagai berwajib terlalu 'mandom' dalam menangani isu ini," katanya lagi yang bercadang membuat surat terbuka kepada menteri.

Minggu lalu, akhbar rasmi PAS itu juga melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mahu pihak berwajib dalam hal ehwal agama bertindak segera.

NONEKatanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel berkenaan.

Gambar-gambar pertunjukan pada majlis makan malam tersebut, kini tersebar dan hangat diperdebatkan di blog-blog dan laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, mereka mencabar menteri dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera ke atas firma itu sebagai penganjur dan pihak hotel berkenaan sebagai pengendali majlis.

Posted by SAUTUL HARAKAH Monday, January 3, 2011 0 comments

Tiger Show di Marriot Hotel, Putrajaya

tiger show
Apa yang boleh  dikatakan gambar-gambar Tiger Show di Putrajaya tempoh hari sangat menjijikkan. Mana tidaknya terdapat dakwaan dalam satu acara di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember 2010, mereka yang hadir bukan sahaja ada jamuan makan malam tetapi turut “disajikan “dessert” dengan jantan-jantan yang hadir pada masa itu tersenyum puas saling “bercakaran harimau” dengan penari separuh bogel yang dibawa. Apa lagi Jabatan Agama Islam, siasat lerr….
tiger show
tiger show
tiger show
tiger show 
Salam untuk semua, demi Allah laknat atas penganjur! 

Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu..gambar dikirim oleh seorang hamba Allah yang prihatin..(semoga Allah merahmati beliau)..

Bukan setakat 'free show', malah 'free touch'..


Gambar pertunjukan ala 'Tiger show' ini dirakam ketika hadirin sedang leka dengan penari/model separuh lucah..mereka bukan sahaja 'dijamu' dengan tarian dan persembahan lucah, malah lebih dari itu, mereka di'beri peluang' menjamah, memegang, memeluk dan merasa tubuh badan penari separuh bogel ini..


Apa yang menyedihkan..rata-rata hadirin dalam majlis ini adalah  dari bangsa Melayu, yang beragama Islam!..perwatakkan mereka yg bertudung sambil bergelak ketawa ternyata telah melampaui batas dan mencemar maruah Islam...apa reaksi mereka? kalian boleh perhatikan pada setiap riak wajah muka yang terpampang dalam gambar2 ini..


Jika selama ini kita hanya mendengar tarian 'tiger show' di negara2 Barat, atau negara jiran seperti Thailand..hari ini, ibu kota pentadbiran kerajaan Malaysia, PUTRAJAYA, menjadi pusat aktiviti ala jahiliah ini!


Bantah 'Hub Hiburan' Najib!


Tidak cukup pertunjukan2 seperti ini dianjurkan di kelab-kelab malam dan pusat hiburan, hari ini dengan beraninya ianya dibenarkan diadakan dalam majlis makan malam di Putrajaya!..itu belum dgn cadangan Hub Hiburan sehingga 24 jam oleh kerajaan Najib...kalian boleh rujuk di
SINI..

Ingat, sehingga kini Najib belum memberi apa2 reaksi menangguh atau membatalkan cadangan ini walaupun ramai pihak yg membantah..malah sudah terdapat pihak cuba menyokong Hub hiburan yg bakal dibina kerajaan BN ini..siapa pihak yang menyokong Hub Hiburan Najib ini??..klik di
SINI..

Ambil tindakan


Untuk yg terakhirnya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan, penulis juga menggesa supaya jabatan agama Islam segera mengambil tindakan terhadap penganjur, pihak pengurusan hotel termasuklah hadirin yang menyertai majlis maksiat ala jahiliah ini..


Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah, penulis juga berharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas kepada pihak yang terlibat di dalam majlis ini..ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan ajaran dan norma2 Islam!


Akhir kalam, semoga pihak terbabit mengambil langkah segera..isu ini lebih hina dan jijik dari isu YB non-muslim
bersenamrobik di luar kawasan masjid..fikir2kan...wallahua'lam..




Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..begitulah perumpamaan yang layak diberikan kepada pentadbiran Najib-Rosmah...kerajaan Najib-Rosmah dilihat cuba menyembunyikan isu ini dari pengetahuan rakyat terbanyak, namun ternyata percaturan mereka gagal sama sekali..


Kerana itu tidak pelik, Najib tidak mengumumkan atau menyentuh langsung perkara ini ketika perbentangan bajet 2011 dalam dewan rakyat minggu lepas, Najib tidak langsung menyebutnya ketika di dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini..satu percubaan untuk memperbodohkan rakyat khususnya penyokong2 melayu/muslim yg berada di dalam Umno..


Sebelum korang baca selanjutnya, apa kata korang lihat dulu pandangan tokoh-tokoh agama negara dalam isu ini..komentar Ust Zaharudin di SINI, kenyataan rasmi Dr Asri di SINI, artikel dari ust 'Saiful Islam' di SINI, dan dari blogger mahaguru58 di SINI...amaran oleh NGO2 Islam pula boleh rujuk pada tajuk "Hab hiburan: NGO Islam tunggu pilihan raya"...wallahua'lam...


Eh, jap2...khas untuk facebooker yang ada kat sini, sesiapa yg nk join gruop/page membantah 'haram-hub' kerajaan Najib-Rosmah ni, boleh klik 'join' pada link di bawah..sekurang2nya 4 page dikesan telah diwujudkan oleh rakyat Malaysia sepertimana dibawah (mengikut senarai keutamaan)..bersama tunjukkan sensitiviti kita...TQ..


1. Kami Mahu Najib Batalkan Projek Hub Hiburan Kelab Malam
2. Kami benci Kerajaan BN perbanyakkan kelab malam, spa dan konsert maksiat.
3. Kami Bantah Penambahan Penubuhan Kelab Malam & Hiburan Yang Melalaikan
4. 1malaysia Reject CONCERTs, SPAs, and Night CLUBs


ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.


Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.



Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.


Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.


Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).


Kriteria berkenaan adalah:


1. Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;


2. Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan


3.Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.


Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.





Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan


Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan. - Malaysiakini
Berikut adalah kertas cadangan penuh pembinaan kelab malam yang anda boleh dapat dari SINI..mari kita lihat-satu persatu..
EPP 8: Mewujudkan Kawasan Hiburan Khas

Tindakan

Kami menyasarkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti malam yang lebih meriah di Malaysia di mana hiburan aktiviti malam terpilih dijangka menyumbangkan tambahan pendapatan daripada RM600 juta kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Untuk mencapai hasrat ini, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan untuk merangsangkan pembangunan industri dengan

• Memisahkan kawasan hiburan khas untuk mengurangkan sebarang impak buruk kepada penduduk tempatan kerana kawasan tersebut dibangunkan terutamanya untuk memenuhi permintaan pelawat asing

• Membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

• Mengurangkan nisbah artis tempatan dengan artis asing berbanding dengan syarat yang ditetapkan dalam garis panduan semasa PUSPAL

• Melanjutkan tempoh sah visa bekerja bagi artis dan krew asing berdasarkan jenis persembahan (iaitu persembahan sekali sahaja (one-off), pancaragam dengan kontrak jangka panjang atau pertunjukan produksi jangka panjang) Untuk diiktiraf sebagai zon hiburan, kriteria yang berikut perlu dipatuhi:

• Memenuhi keperluan kalis bunyi sebagaimana yang didefinisikan oleh kod bangunan pihak berkuasa tempatan;

• Mencapai skala minimum purata 1,000 pelawat setiap malam di sesebuah zon hiburan;

• Memastikan kebolehcapaian pengangkutan dan infrastruktur yang mencukupi (contohnya tempat letak kereta, teksi dan bentuk pengangkutan yang lain);

• Ketersediaan rondaan yang mencukupi oleh pasukan polis atau firma keselamatan swasta untuk
memastikan keselamatan awam di kawasan berhampiran; dan

• Terletak pada jarak minimum 100 meter dari kawasan kediaman dan keagamaan.



Lima bandar telah dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan khas: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Memandangkan Kuala Lumpur bakal menarik lebih banyak ekspatriat, aktiviti hiburan yang lebih meriah merupakan suatu unsur daya boleh huni (liveability) yang penting. Kawasan hiburan yang sedia ada adalah tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market. Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

362 Bab 10

Memperkasakan Industri Pelancongan

Pewujudan kawasan hiburan baharu akan ditadbir oleh Bahagian Pelan Induk DBKL. DBKL akan bekerjasama dengan badan-badan berkaitan untuk menarik pengendali kelab malam untuk melabur dalam zon hiburan yang diwartakan. Sementara itu, Bahagian Pelesenan DBKL akan bertanggungjawab membantu memudahkan pengeluaran lesen-lesen bagi kelab malam untuk memulakan operasi di dalam kawasan yang dikhaskan.

Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang akan diperlukan adalah RM276 juta dan kesemuanya akan dibiayai oleh sektor swasta.

Impak

Enam buah kelab malam baharu, setiap satunya dengan kapasiti untuk menampung sekurang-kurangnya 900 pengunjung kelab setiap hujung minggu disasarkan untuk memulakan operasi pada awal tahun 2012.

Dua buah kelab malam akan memulakan operasi pada tahun 2013 dan 2014 masing-masing. Menjelang tahun 2014, sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan terdapat di dalam zon hiburan baharu. EPP ini dijangka menjana impak PNK sebanyak RM0.7 bilion dan kira-kira 5,614 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.
Ulasan dan pencerahan tentang kertas cadangan kelab malam dan hiburan oleh blogger amenoworld.blogspot.com boleh rujuk di SINI...ada Ustaz & Ustazah berani mati Sokong Kerajaan Sekarang nak jawab atau sanggah?...

Posted by SAUTUL HARAKAH 0 comments




Posted by SAUTUL HARAKAH Tuesday, December 14, 2010 0 comments

 

Posted by SAUTUL HARAKAH 0 comments







“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”
Aminuddin Yahaya

Posted by SAUTUL HARAKAH 0 comments

 
Pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak dib...eri nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam. Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140) Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna. Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam. Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya. Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya. (ustaz zaharuddin)

 

Gambar-gambar 'Islamic Fashion' kebanggaan Rosmah Mansor

Inilah gambar-gambar yang memaparkan 'Islamic Fashion' kebangaan Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri..



 


Dada hampir terserlah...

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

Demi Glamor Rosmah Sanggup Hina Islam
SHAH ALAM 21 Okt - Dalam usaha merebut perniagaan global dalam bidang fesyen Islam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa memperdagangkan agama dan tidak memperdulikan batasan syarak demi mengapai julukan 'jaguh busana Islam'.

Keadaan ini terserlah apabila beliau sebagai Penaung Festival Busana Muslim menghadiri pertunjukkan fesyen bagi memperagakan pakaian Islam di Monte Carlo, Monaco Ogos lalu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi bukan nilai budaya kesederhanaan agama yang ditonjolkan tetapi pendedahan aurat yang jengkel dan menjelekkan.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty berkata Rosmah terpengaruh dengan pendekatan apologetik apabila berdepan dengan isu pakaian cara Islam.

"Rosmah apologetik apabila cuba memperkenalkan fesyen islam di dunia Barat. Baginya kalau Barat ada fesyen, Islam pun ada fesyennya tersendiri. Justeru itu beliau gagal memahami apa yang dilakukan tanpa merujuk kepada pakar agana dan syariah apakah batasan sesuatu itu sehingga boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

"Malah dalam usaha hendak mempromosi agendanya Islam di gunakan seweang-wenangnya," tegas Dr Muhammad





Puteri UMNO mungkin gemar fesyen begini..

Belakang yang terdedah..

Beberapa keping gambar yang diambil semasa pertunjukan fesyen tersebut telah dipaparkan dalam blog dan laman web yang mempamerkan wanita Barat memakai apa yang dianggap busana Islam tetapi tidak langsung mencerminkan keadaaan sebenar.




Perhatikan bagaimana nama Nabi Muhammad SAW ditulis..

Malah seorang peragawati memakai gaun panjang yang jarang dengan logo bertulisan Arab di dada dengan nama Nabi Muhammad SAW dalam posisi terbalik.

Pertunjukan fesyen yang dinamakan 'Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show' diadakan di Monaco Sporting Club, Monte Carlo pada 10 Ogos lalu yang turut di hadiri Prince Albert II, penguasa Prinsipaliti Monaco.

Sejak dimulakan pada 2006, IFF telah mengadakan pertunjukan di Jakarta, Dubai, Abu Dhabi dan New York dengan memperagakan hasil karya fesyen lebih 200 pereka.






Posted by SAUTUL HARAKAH Monday, October 25, 2010 0 comments


INSANIAH, 6 September 2010 (Isnin): Jawatankuasa Induk Pilihanraya Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) yang dipengerusikan Dekan Kulliyyah Undang-Undang, Profesor Madya Abdul Rahman Mustafa, menetapkan 3 Oktober depan sebagai hari pemilihan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bagi penggal 2010/2011.

Setiausahanya yang juga Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Zolkefli Othman (gambar), berkata pembubaran MPM penggal 2009/2010 akan dilakukan pada 20 September manakala penamaan calon bakal diadakan pada 26 September 2010.

“Pertandingan adalah untuk kerusi Umum dan Kulliyyah untuk memilih wakil penuntut INSANIAH bagi penggal 2010/2011.

“Kempen untuk calon memperkenalkan diri dan misi masing-masing diadakan selama seminggu sehingga tengah malam tarikh pengundian,” kata beliau.

Beliau berkata, pegawai pengurus bagi kerusi Umum disandang Pengarah HEP, Encik Zakaria Othman manakala kerusi Kulliyyah membabitkan semua dekan.

Encik Zolkefli, berkata penuntut yang ingin menawarkan diri sebagai calon MPM penggal 2010/2011 boleh mendapatkan borang pendaftaran calon di pejabat HEP dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang setiap Ahad hingga Rabu dan 4.30 petang Khamis.

“Bakal calon dinasihatkan mematuhi etika berkempen. Mereka yang dikesan melakukan kesalahan sepanjang berkempen secara automatik dikira tidak layak bertanding.

“Manakala penuntut lain diminta menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi nanti bagi memilih calon berwibawa yang akan mewakili mereka untuk tempoh dua tahun,” kata beliau.

Posted by SAUTUL HARAKAH Wednesday, September 8, 2010 0 comments

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:



Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.



Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Posted by SAUTUL HARAKAH 0 comments

Al-Aqsa dibakar pada 21Ogos 1969
Kenapa dengan 21hb Ogos?
Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan.
Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk mengizinkan  mereka untuk memadamkan api tersebut.
Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian?
Tidak, sekali-kali tidak.
Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.
Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersandiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia.
Michael Rohan pula dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang merupakan satu perintah dari tuhan.
Dinding Al-Aqsa yang roboh akibat pembinaan terowong
Apakah kesan pembakaran tersebut?
Pihak Zionis telah memulakan perancangan mereka terlebih awal dengan menutup  saluran paip air menuju ke Masjid al-Aqsa  agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasilnya yang maksimum. Tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut.
Tindakan biadap tersebut telah menyebabkan:
  1. Sebahagian besar Masjid al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan masjid.
  2. Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus
  3. Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al-Quran.
Al-Aqsa ditawan pada 1967
Apakah peranan O.I.C?
Pembakaran Masjid al-Aqsa telah mengundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur.
Banyak pertemuan dan perundingan di peringkat regional dan internasional telah diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. PBB juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan telah mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru Israel agar menghentikan segala usaha  yang bertujuan untuk merubah status Baitul Maqdis dan pengYahudian Masjid al-Aqsa.
Para pemimpin negara-negara Islam pula telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu kesemuanya  hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya  telah terbukti gagal di dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid al-Aqsa.
Zionis bekerja siang dan malam untuk mengusai Al-Aqsa
Telah berakhirkah ancaman terhadap Masjid al-Aqsa?
Kesan pahit dari pembakaran Masjid al-Aqsa pada 1969 masih terus dirasai oleh dunia Islam sehingga ke saat ini. Banyak lagi peristiwa jenayah yang dilakukan terhadap al-Aqsa, di antaranya:-
  1. 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.
  2. 14  Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis dan mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi di dalam al-Aqsa.
  3. 28 September 2000, PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang ketat dari pasukan militari  Zionis telah melakukan kunjungan ke Masjid al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Dia telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas Sabra dan Shatila ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada al-Aqsa.
Kini, setelah 41 tahun pembakaran Masjid al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa yang diberkati itu.
Sinagog Hover yang telah dirasmikan pada Mac 2010 bersebelahan dengan Al-Aqsa
Apakah lagi jenayah Zionis ke atas Masjid al-Aqsa?
Pihak Zionis telah bertungkus-lumus untuk mengYahudikan Masjid al-Aqsa sejak dari peristiwa An-Naksah (Malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitul Maqdis Timur dan Masjid al-Aqsa pada 1967.
Banyak lagi, di antara jenayah projek pengYahudian al-Aqsa ialah:-
  1. Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini dan memakmurkannya
  2. Menghalang usaha membaik-pulih Masjid al-Aqsa yang rosak
  3. Merampas Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari al-Aqsa
  4. Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa
  5. Siri pengeboman secara terancang ke atas Masjid al-Aqsa
  6. Siri pembunuhan umat Islam di Masjid al-Aqsa
  7. Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini
  8. Mengubah identiti Islam dan Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
  9. Pembinaan Sinagog Hover bersebelahan dengan al-Aqsa dll
Sudah terlalu banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Masjid al-Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah qiblat yang pertama umat, masjid yang ketiga suci serta bumi Isra’ dan Mi’raj, Masjid al-Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.
Apa yang telah dan sedang berlaku terhadap al-Aqsa merupakan sesuatu yang sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi.
Al-Aqsa, jantung hati umat Islam
Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan al-Aqsa?
Sebenarnya banyak langkah praktikal yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah
  1. Bermula dengan diri kita dengan mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.
  2. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan al-Aqsa serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar  al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.
  3. Menganjurkan program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari al-Aqsa Sedunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.
  4. Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
  5. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
  6. Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.
  7. Melonjakkan isu ini ke persada internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
  8. Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.
Jom… kita bertindak segera secara berterusan dan sistematik demi masa depan al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan bagi memperjuangkan kemuliaan al-Aqsa yang tercinta……
Semoga kita bertemu di Masjid al-Aqsa…

Posted by SAUTUL HARAKAH Saturday, August 21, 2010 0 comments

Ramadhan semakin menghampiri kita, hanya tinggal beberapa hari lagi. Antara fenomena yang dapat saya saksikan ialah ada yang sudah mula meningkatkan amalan sunat masing-masing, ada juga wanita yang mula rungsing sama ada sempat menghabiskan puasa ganti, ada juga yang mula risau andai semua kedai sudah penuh untuk tempahan baju raya malah ada juga insan di luar sana yang tidak langsung mengendahkan kedatangan tetamu agung ini.
Umat Islam yang benar-benar bertakwa dan mengakui kekuasaan Allah S.W.T mestilah menjadikan setiap amal yang dilakukan bukan sekadar mengharapkan balasan dari Allah S.W.T, malah menyerahkan segala-galanya hanya kepada Allah semata-mata.
Oleh itu, manfaatkanlah masa hidup kita, kesihatan kita dan masa muda kita dengan amal kebaikan sebelum maut datang menjemput. Bertaubatlah kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah segala perintah Allah dan jauhilah setiap larangannya, baik di bulan Ramadhan, mahupun pada bulan selainnya. Segeralah bertaubat, janganlah menunda-nunda taubat, kerana kita tidak tahu adakah kita sempat untuk menemui lagi bulan Ramadhan akan datang atau tidak.
Sesungguhnya, setiap amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan dilipat gandakan oleh Allah S.W.T akan ganjarannya. Walaupun demikian, sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya, seharusnya tidak terhenti segala amalan hanya pada bulan Ramadhan sahaja, tetapi ianya harus diteruskan juga pada bulan-bulan yang lain. Kerana walau pada bila-bila masa sahaja, sebagai hamba, tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah dan bukannya terhad pada bulan-bulan tertentu sahaja.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Zariyat ayat 56:
“Sesungguhnya tidak diciptakan jin dan manusia itu, kecuali untuk beribadat kepada Ku”.

Kita seharusnya perlu menjadikan diri kita sebagai abid Rabbani dan bukannya abid Ramadhani. Abid Rabbani ialah hamba yang beribadat kepada Allah sepanjang masa tanpa mengira masa atau musim cuma pada bulan-bulan tertenti ia akan mempergiatkan dan mempertingkatkan amalannya seperti di bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Hasil daripada peningkatan amalan tersebut akan memberi kesan kepada peningkatan kualiti amalannya di masa-masa yang lain.
Manakala Abid Ramadhani ialah seorang hamba yang beribadat hanya pada bulan Ramadhan atau ibadahnya hanya bermusim dan ibadahnya pula tidak dapat mempertingkatkan prestasi ibadah seterusnya yang dilakukan pada luar musim atau selepas Ramadhan.
Ini bagi membuktikan bahawa diri kita benar-benar beriman kepada Allah Ta’ala dalam setiap masa dan bukan sekadar beramal untuk mengharap balasannya sahaja. Oleh itu, jika sekiranya pada bulan Ramadhan, masjid-masjid sentiasa dipenuhi dengan solat berjemaah, sedekah sentiasa dihulur, di pertengahan malam selalu diwarnai dengan solat-solat sunat dan zikir, maka alangkah baiknya jika selepas Ramadhan juga tradisi ini tetap diteruskan.
Masjid-masjid sentiasa meriah dengan para jemaah, yang miskin dan kaya, tua dan muda sama-sama bersuka-ria kerana tidak ada yang kelaparan dan meminta, dipertengahan malam juga begitu syahdu dengan alunan zikrullah dan ketenangan solat-solat sunat, maka inilah dikatakan amal yang sebenar-benarnya. Segala-galanya hanya untuk Allah.
Bersungguh-sungguhlah dalam mengurus keluarga, anak-anak dan sesiapa sahaja yang menjadi tanggungjawab kita. Jika di bulan Ramadhan, anak-anak diajar berpuasa dan bertarawikh, maka alangkah baiknya jika selepas Ramadhan juga mereka terus diajar supaya taat kepada Allah.
Jadilah suri teladan yang baik dalam segala bidang, kerana kitalah pemimpin mereka dan bertanggungjawab atas mereka di hadapan Allah Ta’ala. Bersihkan rumah-rumah kita dari segala bentuk kemungkaran yang menjadi penghalang untuk berzikir dan solat kepada Allah. Sibukkanlah diri kita dan keluarga kita dalam hal-hal yang lebih bermanfaat. Dan sentiasalah ingatkan mereka agar menjauhkan diri dari hal yang membahayakan mereka dalam agama, dunia dan akhirat kelak.
Semoga Allah melimpahkan taufik dan hidayahNya kepada kita semua untuk amal yang diredhaiNya, serta menjadi hamba yang bertakwa tak kira masa.
Buat para Tentera Allah , sejarah sepanjang Ramadhan membuktikan umat Islam berada ditahap kekuatan kerohanian tertinggi yang mampu diterjemahkan di dalam perjuangan mereka.
Akhir kalam, marilah berusaha bermujahadah untuk menjadi abid Rabbani dan bukan abid Ramadhani.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!!

Posted by SAUTUL HARAKAH Sunday, August 15, 2010 1 comments

Popular Sites

Subscribe here

Disclaimer

Kesemua Artikel, Bahan, Video di dalam blog ini ditulis dan disiarkan adalah untuk kegunaan dakwah, pendedahan, penerangan dan kesedaran. Kami tidak bertanggungjawab keatas bagaimana topik di dalam laman ini dibahaskan. Kami akan kreditkan setiap artikel yang diambil dari web lain dan dari sumber-sumber lain. Untuk artikel yang ditulis sendiri oleh kami, anda bebas untuk menyebarkannya.
There Are No Copyright In Dakwah

IF YOU ARE TIRED JUST CLICK AND TAKE REST


untitled.bmp

Klik Di Sini...


~ JOM CHAT ~